Peneraju Skil Iltizam

Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Peningkatan kemahiran bagi kerjaya berpendapatan tinggi seperti sektor minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, bidang kandungan kreatif & infrastruktur dan lain-lain.

Peneraju Skil Iltizam

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir (sekolah rendah/menengah/kolej) atau individu-individu berumur 17-25 tahun yang mempunyai minat yang menjurus ke arah skil vokasional / teknikal berbanding dengan akademik. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di bawah Peneraju Skil Iltizam yang meliputi industri minyak dan gas, pelancongan, pelabuhan, perkapalan dan sebagainya.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan di bawah teras ini, sila klik mana-mana pautan berikut.


Peneraju Skil Iltizam – Automotif Peneraju Skil Iltizam - Welding 6GC Peneraju Skil Iltizam - Gas Pipe Insulation Peneraju Skil Iltizam Scaffolding Level 1 Peneraju Skil Iltizam – Operasi Kaunter Hadapan Peneraju Skil Iltizam - Juruteknik Pemesinan CNC Peneraju Skil Iltizam – Sheet Metal Fabrication Peneraju Skil Iltizam - Terapi Spa