Peneraju Skil Iltizam Wireless Telecommunications (Performance & Quality Management)

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja Bumiputera yang berminat untuk bekerja sebagai Juruteknik Teknologi Wireless bertauliah. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam industri telekomunikasi.

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sepanjang tahun bagi pengambilan bulan September 2017, Disember 2017, Februari 2018, April 2018, Julai 2018, September dan November 2018.Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.