Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mempunyai minat yang menjurus ke arah skil vokasional / teknikal berbanding dengan akademik. Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk bekerja sebagai juruterapi spa. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam industri pelancongan.

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sepanjang tahun bagi pengambilan bulan Oktober 2017 (Jari-jari Spa), November 2017 (Rafflesia Wellness), Disember 2017 (Excellence Skill Academy) dan Februari 2018 (Jari-jari Spa). Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.