Peneraju Skil Iltizam Kapten Bas

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja Bumiputera yang berminat untuk bekerja sebagai Pemandu Bas. Program ini merangkumi pelesenan di dalam industri pengangkutan di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang pengangkutan.

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sepanjang tahun untuk pengambilan tahun 2017. Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.