Peneraju Skil Iltizam Scaffolding Level 2

Program Peneraju Skil dijalankan untuk menghasilkan Scaffolder yang kompeten. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri minyak dan gas.

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sehingga 31 Oktober 2017 bagi pengambilan bulan September dan Oktober 2017 Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.