Peneraju Skil Iltizam Automotif (penyelengaraan dan pembaikan kenderaan

Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri automotif.

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sepanjang tahun bagi pengambilan bulan Julai 2017, Januari 2018 dan Julai 2018.Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.