Peneraju Skil Iltizam Tunnel Crew

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mempunyai minat yang menjurus ke arah skil vokasional / teknikal berbanding dengan akademik. Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk bekerja sebagai juruterapi spa. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam industri pembinaan.

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sehingga 28 Februari 2018 untuk pengambilan bulan Januari dan April 2018. Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.