Ciptakan Perubahan.

Memacu daya saing Bumiputera di peringkat global.
Lebih
205
Penerima Faedah
Lebih
1
Program Pembiayaan Ditawarkan
*Data setakat 29 Februari 2024
*Data setakat 29 Februari 2024
Lebih
205
Penerima Faedah
Lebih
1
Program Pembiayaan Ditawarkan

Program-program Pembiayaan Pendidikan

Peneraju Tunas

Peneraju Tunas

Program pembiayaan untuk pelajar-pelajar dari keluarga kumpulan M40 ke bawah untuk meningkatkan kemahiran insaniah kritikal, mendapatkan pensijilan yang diiktiraf industri di samping meningkatkan pembangunan peribadi, kecemerlangan akademik dan persediaan menghadapi dunia kerjaya.

Peneraju Skil

Pembiayaan kemahiran bagi meningkatkan dan melatih semula skil vokasional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri atau antarabangsa dalam pelbagai sektor seperti automotif, elektrik & elektronik, pembuatan, maritim, minyak & gas dan lain-lain.

Peneraju Profesional

Pembiayaan pensijilan profesional untuk meningkat dan melatih semula kepakaran dalam sektor perakaunan, kewangan & perkhidmatan perniagaan.

Peneraju Teknologi

Pembiayaan pensijilan untuk peningkatan kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknologi seperti Big Data, Cybersecurity, Machine Learning, Cloud Computing, DevOps dan banyak lagi.

Peneraju Spesialis

Pembiayaan bagi bidang spesialis untuk peningkatan kepakaran di dalam sektor penjagaan kesihatan.

ShYFT

Scholars of Yayasan Peneraju for Transformation

ShYFT menjemput para alumni Yayasan Peneraju untuk mendaftar keahlian sekarang!

Pertama Kali Melawat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera?

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.

PENYUMBANG DANA